
Bentuk : Bentuk mutiara ada yang bulat, titisan air dan baroq (tidak beraturan). Bentuk bulat lebih tinggi nilainya.
Warna : Paling mahal adalah Mutiara Kristal Swarovski atau Mutiara Swarovski berwarna hitam dari lautan Tahiti. Lainnya adalah Mutiara Kristal Swarovski berwarna natural seperti putih, coklat dan peach.
Kilau : Semakin berkilau, makin tinggi harganya. Kilau ini sudah ada sejak awal pembentukannya kerana bergantung kepada kualiti mineral yang membentuknya pada peringkat dalam tiram lagi.
PENJAGAAN MUTIARA
> Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan dan bahan peluntur.
> Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindakbalas kimia terhadap warnanya. Justeru sekiranya kerap dipakai, pastikan ianya sentiasa dicuci.
> Pastikan eksesori mutiara disimpan dalam keadaan kering. Lap menggunakan kain lembut atau tisu sebelum disimpan.
> Usah disimpan aksesori mutiara di tempat yang lembap seperti plastik dan sebagainya, kerana ia boleh memudarkan warnanya.
Petikan dari akhbar Berita Harian 23 Dis 2009
***Mutiara asli tidak akan terbakar apabila dibakar ataupun dikenakan nyalaan api.
No comments:
Post a Comment